Aku telah mendapat permintaan untuk menulis mengenai kehidupan semasa diploma di KTT daripada Encik Pride. Sudah banyak tahun abis diploma, moga takda yang terlupa. Mungkin apa yang ditulis ini adalah secara ringkas sahaja. So Mr Pride, enjoy my point of view ya~
Pengajian di KTT dimulakan ketika aku berumur 20 tahun rasanya. Tapi tahun 2006 bila dah kira balik baru 19 tahun, haha.... Masa mula-mula sampai agak kejung gak tengok keadaan kolej yang macam rumah kedai, tak seperti yang digambarkan. Jadi agak merungut (dalam hati je la). Aku belajar jurusan Sains Gunaan AS 120 (kalau tak silap) di bawah Program Bersekutu UiTM. Kitaorang merupakan batch pertama UiTM kat KTTmasa tu, kira pioneer la.
Keseluruhan pengajian selama 3 tahun bagi aku agak okey. Adala 2 lecturer yang aku ingat memang garang. Perlu ke garang terlampau ni? Ish3~ Tegas takpela, tapi garang tak bertempat ni macam tak sesuai je. Environment untuk belajar ngam2 sesuai dan tenang je. Memandangkan classmate tak sampai 10 orang pun, bolehla fokus bila dalam kelas. Result keseluruhan 3 tahun agak okey, cuma tak pernah dapat dean list. Mesti ada 1 subjek bikin spoiler setiap sem. Dan yang paling aku ingat bila kena repeat kalkulus. Matematik memang bukan main strength pun, susah sikit nak masuk dalam kepala. Tapi berjaya jugakla bergraduasi dengan jayanya dan jadi pelajar terbaik AS 120, hahahaha.... (riak sebentar).
Sekarang masuk kepada topik kawan2 plak. Sepanjang 3 tahun tu, adala beberapa je yang ngam sampai sekarang. Orang kata kualiti lagi penting dari kuantiti kan? Thanks kepada Ammar, Sharul (Mac) dan housemate 16UD yang keep in touch sampai sekarang. Lagipun aku ni bukanla sosial atau mesra alam sangat. Yang paling kerap lepak ngan kamceng mestila dengan Encik Pride a.k.a. Ammar. Dia ni junior 2 semester, siap lain kursus lagi. Camna bleh ngan pun tak tau. But who cares right? Yang paling best ialah sama2 berjalan kaki dari Taman Mawar ke Dahlia (ye ke nama dia?) semata-mata nak makan malam. Time tu masing2 belum ada transport lagi. Dan bila aku sambung study kat Penang, terkontang-kanting la mamat ni takde teman meluahkan perasaan (wahahaha). Tapi dia ada gadis2!!! Hehehe~ Nak buat camna bro kita bukan 1 batch. Tapi brotherhood still sampai sekarang kan.
Itu part yang best, yang tak best pun ada jugak. Antaranya bila terpaksa pindah ke Taman Mawar. Padahal masa daftar kata kitaorang akan kekal sampai habis kat Taman Kenanga. Macam dihalau pun ade gak. Tak patut betul. Kalau diberitahu secara baik @ awal kan lagi bagus. Moga kami tak akan terikut dengan cara kerja yang tak profesional itu. Tapi bila dipandang dari sudut positif, cabaran2 tu la yang buat aku jadi seperti sekarang. Thanks but no thanks to 'those people'. Tak perlu rasanya. Cuma terima kasih kepada pensyarah2 yang mengajar sepanjang 3 tahun tersebut. Moga kalian sentiasa diberkati. Kesimpulannya, pengalaman di KTT sangat berharga. Walaupun ada susah senang, tapi kalau diberi peluang nak ulang balik memang tak mungkin, hehe.
Rasanya tu je la kot. Nak tulis banyak2 takut melalut pula. Thanks for all the experience and amazing people I met during those 3 years :)
*Next time pengalaman zaman sekolah rendah, menengah ngan degree plak*
0 comments:
Post a Comment