Menurut pendapat saya, kejayaan negara bergantung pada perpaduan rakyat negara tersebut. Melalui perpaduan, sesebuah negara akan bertambah kuat dan tidak mampu ditindas oleh negara lain. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan membuktikan perpaduan penting terutamanya kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini disebabkan kurangnya persefahaman antara beberapa kaum di Malaysia baru-baru ini. Perpaduan dapat dipupuk dengan menyemai sikap saling menghormati dan bantu-membantu tanpa membezakan agama, bangsa dan warna kulit. Melalui perpaduan, rakyat dapat memperoleh manfaat kerana negara yang aman mampu menarik minat pelabur asing menjalin urus niaga di Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab haruslah memastikan keamanan dan kestabilan negara sentiasa terjaga.
**Karangan 1 perenggan di atas ditulis semasa kelas Bahasa Melayu. Tiada kesalahan penggunaan ayat, bangge2, haha... Tapi rasenye karangan ni tak kuat pun. Ape-apepun selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52. Bangga jua jadi rakyat Malaysia. Hee~**
Cara Kreasi Bunga Papan yang Unik serta Mewah
3 years ago
1 comments:
bangga jadi rakyat malaysia
Post a Comment