10/28/2010

+SAKIT SUDAH+

Sepanjang hampir setahun setengah dok kat USM ni, ni la sakit paling trok penah aku dapat. Tapi at least larat la gak jalan2 g kafe n kedai makan. Diserang demam, batok, n selsema. Naseb bek labkn time exam week. Arap2 menjelang exam baekla. Aku dah ibarat orang putus cinta dah ni, tisu berterabur kat tepi. Adeh... Dugaan2... Bosan jgk terbaring je, so petang ni maybe nak g jalan2 tgk org maen softball kat Minden, haha... Xde keje kan... Di saat2 camni amatla berharap dia ada kat sini skrg. *sigh*

+Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita+

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam………………….

10/25/2010

JIKA KAU TAKDIRKAN AKU JATUH CINTA+

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu .

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

10/24/2010

+KEM KEPIMPINAN BIOSOCIETY+

Event : Kem Kepimpinan Biosociety

Date : 7 - 9 October 2010

Venue : Kuala Woh, Perak

Dah lama mende ni berlalu baru nak post, hehe... Sangat busy dengan test n latihan tarian. Minggu ni pun akan ade lagi 2 test (arap2 last). Hm... Berbalik kepada cerita yang sepatutnye diceritakan. Kem di Kuala Woh, Perak. Diwajibkan kepada semua EXCO n WP1 Biosociety. Tapi x semua yang dapat join sebab terlibat dengan SUKAD. Aku pon dah 2 tahun x dapat join SUKAD. Tapi tdk menyesal sebab mmg enjoy pegi kem ni. Ingatkan kem kepimpinan akan dengar ceramah after ceramah. Tapi bukan... Lebih banyak games. Dan barula aku lebih mengenal student bio 1 batch n juniors. Suma kaki lawak je, gelak2 sampai ilang stress. Tahniah kepada team yang menjadikan acara ni menarik n x membosankan. Tema superhero jugak agak unik. Dah rase macam time budak2 balik. X ingat dah bio2 suma tu, haha... Tahniah kepada group aku Popeye walaupon dapat tempat ke-2 keseluruhan. Korang memang best ^^. Kepada yang berminat nak datang berkelah di Kuala Woh ni, sila2 la sebab tempat ni agak selesa. Bleh bercamping jugak. Ada certain part sungai ni yang keluar air panas. Bolehla feeling2 sauna, haha... Picture banyak tapi x lehla upload suma. Komen2 dari FB biosociety suma puas hati dgn kem ni. Certain2 kelemahan tu blehla kepimpinan akan datang take note n atasi k.

**Diapit oleh gadis2 tdk bermakna aku ni players ok, haha**

**With Madi n Cik Tom**

**Popeye! Sempat lagi posing bile sedar ade kamera, hehe**

**Masukkan kayu dlm botol. Kitaorg paling lama rasanya**

**Peserta. Kenangan manis =)**

10/06/2010

+HELLO SHINee+

10/05/2010

+PAGI RABU+

Kelas kol 11. Still bergolek2 atas tilam, menyorok bawah selimut. Malas nak bersiap awal macam biasa. Perut lapar tp dah macam bosan ngan makanan di sini. Kelas jap lagi kat DK M. Antartika USM tu. Terseksa aku menggigil2 sejuk gila. Esemen tinggal 2 lagi. Leceh gila kena betolkan mende2 yang leceh2 ni. Rase mcm mls nak buat ape2 sbb penatla. Hatiku dah xda di Penang ni. Dah terbang merata2, hahaha... Minggu ni dah x shining dah. Pegi kelas pon serabai je. Tp bkn kisah pon, haha. Yang penting, minggu ni banyak kali *dugun dugun*. Paham2 sajala. Tp x maw elaborate di sini. Layan sorang2 sudeh... Cant wait to go camping this weekend. Arap2 x membosankan k...

 

Copyright @ 2013 ::Da LeGeNdArY ChArM::.