Ni adelah sambungan dari entry yang sebelumnye. Memule nak post semalam tapi cepat2 masok tedo sebab dah lambat. Lagipun roomate baruku itu ngan temannye sengal g bukak cite antu dalam gelap2. Pastu jerit2 sebab takot. Aku pon takot gak r walaupon x amek port. Yelah kan, jerit2 mane tau kang kene rasuk plak budak 2 ekor tu. Dah terkapai2 aku sesorg. Dahle bilik dkt ngan toilet. Saje je bebdk nih. Ish3... Akibatnye, aku x dpt mlelapkan mate sampai kol 4. Cis2! Dahle kene bgn kol 7. Naseb bek dapat tebus tedo kol 12.30 sampai dekat2 kol 2 td. Ok itu cite semalam. Jum tros sambong ape itu Pelan Integriti Nasional (PIN). Aku xde r tulis banyak sangat semalam tapi ape yang ade ini cukupla untuk dikongsi.
Objektif PIN adalah untuk meningkatkan etika dan integriti dalam sektor awam melalui 3 cara iaitu penerapan, penghayatan dan pengamalan (3P). Mungkin kita semua lambat lagi untuk menceburi sektor awam ataupun alam pekerjaan tapi lebih baik tahu sekarang tentang etika dan integriti ni.
Integriti membawa maksud kejujuran dan ketelusan, keutuhan dan kesempurnaan. Contohnya adalah sentiasa mengotakan ape yang kita katakan. Kalau tidak lebih baik kita tidak bersuara tentang sesuatu yang tidak mampu kita lakukan.
Nilai pula ialah kriteria positif dan negatif yang ada pada diri seseorang.
Etika merujuk kepada nilai2 akhlak sebagai panduan hidup kita. Antara etika yang perlu ada pada diri seorang siswazah ialah:
- jujur
- tekad
- ikram (memuliakan orang laen. e.g pensyarah)
- ikhlas
- setia
Sekian dulu ceramah motivasi dari Charm. Haha... Sejak bile r plak aku pandai menulis mende2 camni, hee~.
2 comments:
boring~~ krooh~~ kroh~~ huahh~~~
cis2, kalo ckp psl gadis2 konfem mate tebukak, haha
Post a Comment